free tracking
Languages:  English  Simplified Chinese  Bahasa Malaysia  Traditional Chinese  Indonesian  

Pengetahuan itu percuma,
jemput belajar daripada kami!


Penghantaran & Pengemballian

Produk FemFigure di kirim ke seluruh dunia setiap hari dari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) dari gudang kami yang terletak di Florida. Kami mengirim produk FemFigure melalui USPS (EMS) atau UPS kepada anda. Kami menyediakan nombor pengesanan penghantaran dalam tempoh 24-48 jam, dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) kepada anda setelah pesanan dibuat. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengesan pesanan anda sebaik sahaja ia dikirim dari gudang kami. Kami tidak mempunyai tanggunjawab dalam kerja menjejaki bungkusan anda kerana kita bukan pembekal perkhidmatan kurier. Kami tidak bertanggungjawab ke atas bungkusan yang hilang kerana anda gagal untuk menjejaki pesanan anda setelah kami memberi nombor pengesanan penghantaran kepada anda.

Sila ambil perhatian: Semua penghantaran percuma oleh kami tidak nombor pengesanan penghantaran.

Pesanan Antarabangsa diluar negara USA

Undang-Undang Kastam

Kami memahami bahawa setiap negara masing-masing mempunyai undang-undang pengimportan yang berbeza terhadap pengimportan supplemen tambahan. Kami menasihatkan anda untuk menghubungi pejabat kastam di negara anda untuk meneliti dan memahami peraturan-peraturan pengimportan di negara anda sebelum membuat pesanan. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengetahui peraturan-peraturan pengimportan di negara anda sama ada ia sah di sisi undang-undang untuk mengimport supplemen untuk kegunaan diri sendiri.

Sekiranya pesanan yang dibuat tidak dapat sampai di tangan anda, kami akan mengembalikan segala bayaran anda selepas ditolak USD 98 untuk bayaran pemprosesan stok semula. Bayaran ini hanya akan dikembalikan setelah gudang kita di Florida menerima kembali produk kami. Jika produk dirampas oleh kastam tempatan, kita tidak akan dapat mengembalikan bayaran anda.

Ada dikalangan negara yang mempunyai undang-undang kastam yang ketat membenarkan pengimportan supplemen ini jikalau ia merupakan preskripsi dari doctor. Jikalau cara ini tidak dibenarkan, anda boleh menempah produk FemFigure semasa bercuti di negara-negara yang tidak mempunyai sekatan ke atas pengimportan supplemen.

Cukai pengimportan

Sila ambil perhatian bahawa FemFigure tidak bertanggungjawab keatas bayaran cukai, duti, yuran pembrokeran ataupun bayaran penghantaran tempatan untuk penghantaraan antarabangsa. Caj ini akan dibillkan di negara anda sendiri kepada anda.

Untuk Negara-Negara Asia

Untuk semua negara-negara yang terletak di Asia sila ambil perhatian, kita mempunyai Duta FemFigure yang terletak di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia. Anda mempunyai pilihan untuk membuat permintaan penghantaran sama ada dari Florida, Amerika Syarikat (percuma) atau permintaan penghantaran dari Malaysia (dengan sedikit fee pemerosesan).

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami untuk penjelasan.

Back